Update Terkini : Hafiz Hamidun Dan Joy Refva sudah berbaik!!Alhamdulillah

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Sejak kebelakangan ini pasangan suami isteri Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sering berbalas komen di laman media sosial.

Banyak komen yang diberikan termasuk hal di dalam kelambu dan juga sindir-menyindir.

Setelah isu rumah tangga menjadi hangat, kesemua komen-komen telah dipadam.

Pagi tadi, satu update terbaru yang menggemparkan telah berlaku.

Kedua-dua pasangan suami isteri ini, Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa telah memuatnaik status bahawa mereka kini baik-baik sahaja.

Mereka berdua telah menggambarkan hubungan kembali pulih dan kini hubungan mereka seperti kembali jernih.

Malah Joy Revfa juga menulis hashtag “aku wanita terbahagia”.

Ini komen Hafiz Hamidun:

“Salam Jumaat! Semuanya baik-baik saja, semoga Allah mudahkan urusan

Ini pula komen Joy Revfa:

“Alhamdulillah.. semoga segala urusan kita hari ini dan akan dtg dipermudahkan oleh Allah swt..

“Memaafkan tidak akan mengubah masa lalu, tapi pasti akan mempermudahkan masa depan.. #HJ #positivevibes #akuwanitaterbahagia 

Di laman insta Joy Revfa, Hafiz Hamidun juga membalas dengan memberi emoji ‘good’ atau ‘thumb up’.


Di ruang komen, ramai follower yang suka dengan perkembangan positif ini dan mendoakan agar hubungan kedua-dua mereka pulih dan kembali baik.

****************************

Sebelum ini, rumah tangga mereka di katakan bergolak selepas dilihat berbalas mesej di status media sosial.

Kenyataan mereka sebelum ini:

Luahan tersebut ditulis di laman sosial Instagram miliknya petang tadi.

Ternyata Joy menulis meluahkan rasa isi hatinya.

Ini nukilan hati Joy:

Jika telah terjadi akad pernikahan dengan syariat berpaksikan Allah swt yg suci, lelaki dianggap suami yang terakhir untuk seorang wanita. Dan disaat itulah, si isteri menyerahkan segala2nya jiwa raga utk sang suami. Betapa semua wanita bercita-cita ingin menjadi ketua bidadari untuk suami di syurga nanti. .

Seorang isteri tetap akan bersama suami tak kisah lah suami ada masalah kewangan, masalah layanan/batin mahupun apa segala jenis masalah, seorang isteri sanggup berkorban & harungi bersama. Namun mengapa kelemahan yg ada pd lelaki itu tidak mahu diakui malahan menjadikan isterinya itu teraniaya dlm segala hal..? kenapa pergi menjauh..? Adilkah begitu..? wajarkah si isteri hanya berdiam diri sedangkan isteri lah yg tidak henti2 memberi semangat & sokongan waima si isteri tahu kelemahan & keaiban sebenar suaminya itu.. Memegang prinsip dan tggjwb sbg isteri dlm melindungi setiap perkara dlm rumahtangganya,isteri sanggup menerima ketidaksempurnaan itu.

Namun, pengakhirannya isteri yg sanggup berkorban dan setia utk masuk ke syurga Allah bersama suami, dipunahkan dengan ego suaminya itu dan meninggalkan isterinya terkapai2 sendirian.. Ibarat nakhoda membiarkan anak kapal2nya hanyut dan mati di tengah lautan sedangkan anak kapal itu begitu taat setia kpd nakhodanya. Nilaikan dimanakah penghargaan & pengorbanan seorang isteri dimata hati suami..? .

“Sesungguhnya tangan wanita yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia…”

Nukilan hati,
-Joy Revfa-

****************************

Kemudian Hafiz Hamidun ada memuatnaik gambar terbaru dengan caption terkini.

Ini tulisnya:

“Sabar ya semua, bagi sikit masa lagi. Lepas tu, buatlah pertimbangan. #NoDrama

Kemudian ada seorang follower memberitahu kepada Hafiz Hamidun bahawa Joy Revfa ada menulis karangan nukilan hati nya.

Ini komen seorang follower:

“Makin melampau belah sana bro. Konon tolong jangan buat speku tapi hari ni terus bagi essay panjang lebar”

Ternyata jawapan Hafiz Hamidun seperti menyindir isterinya.

Ini komen balas Hafiz Hamidun:

“Dia bukan tak tahu cerita sebenar tapi cuba berselindung disebalik karangan-karangan acah-acah suci diri, tetapi sebenarnya tak ada point yang valid. 

“Tenang je. Orang yang tenang itu menang.


****************************

Kemudian, Joy Revfa dilihat membalas komen Hafiz Hamidun di ruangan komen.

Ini tulis Joy Revfa:



Joy Revfa dengan jelas mengingatkan Hafiz Hamidun bahawa dia mempunyai pelbagai bukti ke atas Hafiz Hamidun.
Mungkin tidak mahu mengeruhkan keadaan, Hafiz Hamidun kemudiannya membuang komennya di laman Instagram.

Semoga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa berbaik semula


Lagi Heboh

Loading...