Terowong Genting Sempah hala timur ditutup 5 hari mulai Isnin

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...


Terowong Genting Sempah hala timur akan ditutup kepada lalu lintas selama lima hari mulai jam 8 pagi Isnin hingga 12 tengahmalam Jumaat.Laluan itu perlu ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan di dalam terowong itu, menurut kenyataan Syarikat Anih Berhad hari ini,

Menurut Anih Berhad, satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala barat akan diadakan bagi memudahkan pengguna lebuh raya hala timur menuju ke Kuantan.

Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai LPT boleh mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111.– Bernama


Lagi Heboh

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply