Rusia berjaya ikat England 1-1

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Rusia berjaya ikat England 1-1

Penjaga gol Rusia menepis sepakan dari pemain England. -Foto AFP

ENGLAND gagal memanfaatkan peluang untuk mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan kumpulan B, apabila seri 1-1 menentang Rusia, awal pagi tadi.
Jaringan dari pemain Rusia Denis Glushakov pada hujung perlawanan telah memadamkan jaringan dari Eric Dier pada minit ke 87.
Dalam perlawanan tersebut, England dilihat gagal mempamerkan aksi sebenar mereka, di mana pada separuh masa pertama pasukan bimbingan Roy Hodgson gagal menyudahkan banyak peluang.
Rusia yang bangkit pada separuh masa kedua, dilihat berjaya mendapatkan mata berharga untuk memastikan mereka mampu memberi saingan dalam kumpulan ini.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan awal pagi tadi, Wales berjaya mengalahkan Slovakia 2-1 hasil jaringan Gareth Bale minit ke 10 dan jaringan pemain simpanan, Hal Robson-Kanu yang berjaya menidakkan jaringan dari pemain Slovakia, O. Duda pada minit ke 61.
Keputusan ini memberi Wales kedudukan pertama dalam kumpulan B dengan tiga mata dan diikuti England dan Rusia di tempat kedua dan ketiga, masing dengan satu mata.
Slovakia yang gagal mendapatkan sebarang mata, menghuni tangga ke bawah kumpulan.
Keunikkan perlawanan pagi ini adalah terdapat dua jaringan cantik dari sepakan percuma yang disempurnakan oleh Bale (Wales) dan Dier (England) yang berpotensi tercalon dalam senarai gol tercantik perlawanan.

Lagi Heboh

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply