Resepi Sambal Hitam Ekspress, Hanya Guna Dapur Gas

Resepi Sambal Hitam Ekspress, Guna Dapur Gas Pun Boleh Jadi Sedap!

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

 

Kalau selalunya anda beli yang dah siap, kali ini boleh cuba buat sendiri sambal hitam yang mana cukup sedap dijamah dengan nasi panas-panas. Apa yang menarik resepi sambal hitam yang dikongsi oleh Puan Fieda Fieda ini tak perlu nak rebus lama berjam-jam dalam tin biskut pakai dapur kayu, guna dapur gas macam biasa pun boleh!


Bahan-bahan:
Belimbing buluh*

Cili padi merah/ hijau* (campur-campur pun boleh)

Ikan bilis

Bawang besar/ bawang merah* (saya pakai bawang merah)

Kicap pekat

Kicap manis

Garam
Cara-cara:
1. Blender semua bahan-bahan yang bertanda *(belimbing tak payah rebus masak mentah-mentah) dan blend. Letak air sikit dalam blender sebab kalau tak letak air tak boleh nak blend.

2. Ikan bilis goreng terlebih dahulu (tos) lepas itu tumbuk atau blend pakai yang kering.

3. Tumiskan bahan-bahan blender tadi pakai minyak lebihan goreng ikan bilis.

4. Tumis sampai meletup-letup, letakkan kicap pekat, kicap manis dan garam (nak hitam lebihkan kicap pekat) tunggu sampai kering dan pecah minyak. Dah siap sejukkan dulu, boleh masuk dalam fridge bagi tahan lama.
NOTA:

Sedap makan dengan nasi panas-panas, sesuai sangat nak jadikan penambah selera pada bulan puasa, tambah makan waktu sahur.

Selamat mencuba!


Lagi Heboh

Loading...