Resepi Aiskrim Coki-Coki Viral

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Jom cuba aiskrim coki-coki VIRAL…Sekarang musim panas boleh buat sendiri atau pun jual😁

Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin susu manis
4 tin air
2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)
Secubit garam
3 paket choki choki

Cara-cara :

Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk.
Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas
Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picit kan choki choki.
Tuangkan susu separuh plastik dan ikat.
Buat sampai habis. Dah siap simpan dan peti ais.
Anggaran aiskim 25-27 bungkus.

Selamat mencuba <3


Lagi Heboh

Loading...