Negara-negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

 

Banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia. Yang dimaksudkan dengan lenyap bukanlah kerana peristiwa kehancuran bumi atau terjatuhnya tahi bintang, tetapi kerana berperang, penjajahan, bergabung dengan negara lain. Senarai yang di sertakan ini bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi boleh pakai sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada.

Sumber : fb Jasson King Fans Official

CZECHOSLOVAKIA

Wujud dari sisa-sisa Kerajaan Austro-Hungaria tua. selama kewujudan singkatnya, itu adalah salah satu dari beberapa Negara di Eropah yang mengelola untuk mempertahankan demokrasi sebelum Perang Dunia Kedua.

Bulan March 1939 negara ini telah diduduki sepenuhnya oleh Jerman dan lenyap dari peta. Kemudian diduduki oleh Soviet, yang mengubahnya menjadi sebuah negara satelit Uni Soviet sampai runtuhnya bangsa itu pada tahun 1991.

Pada ketika Cekoslowakia berusaha membangkitkan kembali negara demokrasi mereka. Namun etnik Slavia di timur menuntut negara kemerdekan mereka sendiri hingga akhirnya kita mengenali nama negara Slovakia di sebelah timurnya.

SIKKIM, ABAD KE-8 MASEHI-1975

Sikkim, sebidang tanah tersembunyi terletak aman di Pegunungan Himalaya terhimpit diantara India dan Tibet-Cina. Sikkim adalah negara monarki kecil yang berhasil bertahan hingga abad kedua puluh sebelum akhirnya mereka menyedari bahawa tidak ada alasan yang sangat baik untuk menjadi kenegaraan. Kemudian mereka memutuskan untuk bergabung dengan India modern pada tahun 1975.

OTTOMAN EMPIRE

Salah satu kerajaan besar dalam sejarah, pemerintahan Ottoman akhirnya terhenti di bulan November 1922, setelah megah berdiri lebih dari enam ratus tahun.

Pemerintahan yang terbentang dari Maroco ke Teluk Persia, dari Sudan hingga jauh ke utara Hungaria, mengalami kemunduran secara perlahan selama berabad-abad sampai awal abad ke-20.

Di tahun 1922 ketika Turki memenangkan perang kemerdekaan mereka, Kesultanan dihapuskan dan menciptakan negara Turki modern dibawah pemerintahan manusia zalim yang dibenci rakyat islam Turki ‘Mustapha Kemal Ataturk’

TIBET 1913-1951


Tanah yang dikenali sebagai Tibet telah ada selama lebih dari seribu tahun dan sejak tahun 1913 dikelola menjadi sebuah negara yang merdeka. Di bawah pengawasan damai, akhirnya diduduki Komunis China pada 1951.

Pasukan Mao telah mengakhiri Tibet sebagai bangsa yang berdaulat singkat. Tibet semakin tegang pada tahun 50-an sampai negara tersebut akhirnya memberontak pada tahun 1959, yang mengakibatkan telah diambil wilayah mereka oleh China lalu berlaku pembubaran pemerintah Tibet.

Cina mengubahnya hanya menjadi “wilayah,” bukan negara. Meskipun hari ini tetap menjadi daya tarikkan besar bagi pemerintah China, Tibet masih memiliki masalah dengan Beijing, dan menuntut kemerdekaan sekali lagi. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang.

UNI SOVIET 1922-1991


UNI Soviet adalah salah satu negara di bumi yang menakutkan sehingga ke hari kehancurannya pada tahun 1991. Selama tujuh dekad negara ini kukuh berdiri sebagai benteng Marxis Stalinisme. Uni Soviet didirikan pada masa kacau-bilau setelah pecahnya Imperial Rusia Perang Dunia I.

Uni Soviet berhasil mengalahkan Nazi ketika tiada orang berfikir Adolf Hitler boleh dihentikan kekuasaannya. memperbudak-budakkan Eropah Timur selama lebih dari empat puluh tahun, menghasut Perang Korea pada tahun 1950, dan hampir masuk ke perang terbuka dengan Amerika Syarikat ke atas Cuba pada tahun 1962.

Tanda-tanda runtuhnya Uni Sovyet sudah nampak disaat runtuhnya tembok Berlin pada tahun 1989, diikuti oleh hancurnya komunisme di Eropah Timur. Kesatuan Uni Soviet pun berpecah belah menjadi 15 negara berdaulat pada tahun 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

YUGOSLAVIA 1918-1992

Seperti Cekoslovakia, Yugoslavia adalah produk sampingan dari pecahnya pemerintahan Austro-Hungaria Perang Dunia I. Pada dasarnya Negara ini terdiri dari bahagian-bahagian dari Hungaria dan negara asli Serbia, sayangnya mereka tidak mengikuti contoh Cekoslowakia. Sebaliknya Yugoslavia mempertahankan monarki semasa diserang Nazi pada tahun 1941.

Dengan runtuhnya Nazi pada tahun 1945, Yugoslavia entah bagaimana berhasil menghindari pendudukan Soviet tetapi tidak dengan Komunisme. Ketika ketegangan internal dan nasionalisme bersaing mengakibatkan perang saudara 1992, negara ini kemudian terpecah menjadi enam negara yang lebih kecil (Slovenia, Crotia, Bosnia, Serbia, Macedonia, dan Montenegro) membuatnya menjadi contoh negara yang baik ketika pergaduhan budaya, etnik, dan fahaman agama yang gagal.

GRAN COLOMBIA 1819-1930

Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

YAMAN UTARA & YAMAN SELATAN 1967-1990

Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

PRUSSIA


Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .

TEXAS

Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

TAIWAN


Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

URJANCHAI REPUBLIC 1912-1914

Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia.

VERMONT

Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal

WEST FLORIDA


Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

TANGANYIKA DAN ZANZIBAR


2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

SOUTHWEST AFRIKA

Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

VIETNAM SELATAN

Pada tahun 1954, Vietnam menjadi dua negara, meninggalkan komunis di utara dan demokrasi di bahagian selatan seperti korea utara dan korea selatan.

ketika berlaku perang saudara diantara kedua Vietnam ini yang nampak tidak dapat diselesaikan, akhirnya menyeret Amerika Syarikat ke dalam konflik.

Akibat desakan dunia International dan rakyatnya sendiri, Amerika akhirnya meninggalkan Vietnam Selatan berjuang sendiri pada tahun 1973. Dua tahun kemudian Vietnam Selatan mengakhiri perang saudara, selanjutnya mereka mengubah nama negara menjadi Saigon dengan Ho Chi Minh City sebagai Ibukota.

RHODESIA


Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe.

PERSIA


Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini.

NEW GRANADA


Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang).

PAKISTAN TIMUR


Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.
CATALONIA

Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut.

CHAMPA


Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

ZAIRE

menukar nama menjadi democratic republic of congo pada tahun 1997.

PALESTINA 1882 (kehadiran gelombang pertama Orang-orang yahudi) – HINGGA SEKARANG

Pada tahun 1800-an, muncul sebuah gerakan nasionalis baru di tanah Eropah, gerakan itu dinamai dengan Gerakan Zionis. Zionisme adalah gerakan politik yang mensponsori pembentukan negara Yahudi. Banyak orang Yahudi percaya bahawa mereka perlu memiliki negara sendiri untuk menghindari diskriminasi dan penindasan yangdilakukan orang-orang Eropah.

Setelah terjadi perdebatan di Kongres Zionis I tahun 1897 mengenai dimana negara tersebut akan didirikan, akhirnya gerakan Zionis memutuskan untuk membuat negara di tanah Palestina, yang merupakan bahagian dari pemerintahan Turki Utsmani. Sultan Utsmani, Sultan Abdulhamid II, tidak menerima usulan ini, walaupun pendiri gerakan Zionis, Theodor Herzl, menawarkan wang sebanyak 150 juta poundsterling sebagai tebusannya.

Setelah Perang Dunia I, akhirnya “pintu” itu terbuka untuk para Zionis. Inggris berhasil merebut Palestina dari kekuasaan Utsmani pada tahun 1917. Tidak beberapa lama menteri luar negeri Inggris, Arthur Balfour, mengeluarkan deklarasi untuk gerakan dan Zionis menjanjikan dukungan Inggris dalam pembentukan negara Yahudi di Palestina dan negara ini sedang dijajah hingga ke hari ini.


Lagi Heboh

Loading...