Japanese Cheese Cake Gebu

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

 

Japanese Cheese Cake yang sangat sedap dan gebu!

4-5 keping cheddar cheese
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam

Cara-cara:

1. koyak2kan cheese kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.

2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 7×3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

*teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

Kredit : By Rms Benhadriah


Lagi Heboh

Loading...