ANGGOTA POLIS CEDERA DIPUKUL PENJUAL KARPET WARGA PAKISTAN

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Pada 30/07/2017 jam lebih kurang 3.30 petang satu keluarga (3 lelaki yang merupakan adik-beradik. 2 daripadanya anggota polis) telah pergi ke Kedai Baryali Karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet.

Sumber

Selepas selesai membeli dan beredar dari kedai tersebut didapati salah seorang mangsa masih berada di kedai tersebut untuk membuat tawaran harga.

Selepas itu Mangsa 1 telah mengajak Mangsa 2 (abang) untuk beredar dari kedai tersebut.

Semasa Mangsa 1 dan Mangsa 2 berada di dalam kenderaan, seorang lelaki Pakistan yang tidak dikenali telah menahan kereta mereka.

Kemudian Mangsa 1 telah turun dari kereta dan lelaki Pakistan tersebut mahu mangsa membuktikan bahawa mangsa seorang polis.

Ketika Mangsa 1 hendak mengeluarkan kad kuasa, lelaki Pakistan tersebut bersama dengan lebih kurang 10 orang lelaki Pakistan lain yang mana salah seorang dari mereka ada memegang sebatang kayu telah mengepung kereta.

Kemudian Mangsa 3 pula datang untuk menghalang sekumpulan Pakistan tersebut dan telah berlaku pergelutan.

Sewaktu pergelutan ini dompet pengadu telah dibuang ke jalan dan kumpulan Pakistan tersebut sudah bertambah ramai menjadi lebih kurang 50 orang kesemuanya. Sekumpulan Pakistan itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Akibat dari pergelutan ini mangsa mengalami kesan lebam, cedera, dan sakit di seluruh anggota badan.

Pihak polis mengenalpasti punca awal kejadian berlaku kerana tawar-menawar harga karpet.


Lagi Heboh

Loading...