ADIK MENGHIDAP LEUKIMIA, ABANG SANGGUP BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BEKERJA SEBAGAI BURUH BINAAN UNTUK KUMPUL KOS PERUBATAN

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

 

Kasih sayang antara keluarga sukar diputuskan.

Itulah yang berlaku buat sebuah keluarga daripada Hubei, China, apabila anak kecil mereka berusia tiga tahun, disahkan menghidap penyakit leukimia.

Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan

Ma, 19 tahun, merupakan abang kepada anak kecil tersebut, sanggup berkorban pelbagai cara bagi merawat penyakit adiknya.

Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan

Menurut World of Buzz, Ma baru sahaja selesai peperiksaan akhir di sekolah dan telah memperolehi markah yang tinggi iaitu sebanyak 456 markah.

Di sebalik pelbagai kekangan, Ma tetap dengan impiannya untuk menjadi seorang doktor dan telah belajar bersungguh-sunguh.

Hal ini demikian, beliau sendiri ingin merawat adiknya.

Menurut Ma, itu sahaja cara terbaik bagi membantu adiknya kerana keluarga mereka tidak mampu menanggung kos perubatan yang amat tinggi.

“Saya mesti menyambung pelajaran di kolej perubatan, dengan itu sahaja saya akan dapat peluang menyembuhkan penyakit adik saya,” katanya seperti yang dipetik oleh World of Buzz.

Abang yang mempunyai azam yang kuat ini juga tidak menunggu lama untuk bekerja bagi mengumpul dana kos rawatan untuk adiknya.

Sehari selepas tamat peperiksaan, dia bekerja sebagai buruh binaan berdekatan dengan rumahnya. Upah yang diberikan adalah sebanyak RM 60 sehari.

Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan

Wang tersebut dikumpulkan supaya dapat membawa adiknya ke hospital.

Ibu bapanya juga bekerja bagi menampung keluarga. Nenek Ma, berusia 80 tahun tinggal di rumah bagi menjaga adiknya.

Segala kudrat dan kasih sayang dicurahkan buat adiknya. Walaupun terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, perkara itu tidak menghalang Ma untuk mencari jalan alternatif merawat penyakit adiknya.

Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan

Ma tidak kekok melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat bata, menyodok pasir, dan pelbagai tugas lain sebagai buruh binaan.

Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan

Sumber: Era Baru

Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan

Mujur, kisahnya tular di seluruh China dan masyarakat tempatan memberi bantuan secepat mungkin.

Dalam masa 24 jam, sebanyak 600,000 Yuan atau RM 380,110 wang berjaya dikumpulkan bagi merawat penyakit adik Ma.

Jumlah itu sememangnya mencukupi bagi melakukan pembedahan pemindahan tulang sum sum adiknya.

Apabila menerima berita baik itu, Ma tidak mampu berkata apa-apa dan menangis kegembiraan.

Dia hanya mampu mengungkapkan, “Akhirnya, adik saya akan diselamatkan.”

Semoga adik Ma berjaya menjalani pembedahan tersebut dan boleh hidup dengan ceria seperti kanak-kanak lain.

Kepada Ma, teruskan impian anda sebagai doktor bagi membantu lebih ramai pesakit dan kini, pengorbanan anda merupakan inspirasi seluruh dunia.

 


Lagi Heboh

Loading...